Thursday, June 16, 2016

Ular Tedung Patuk Kanak-Kanak di Rumah




Ular Tedung Hitam

MERSING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun sembilan bulan kritikal selepas dipercayai dipatuk seekor ular tedung senduk dalam rumahnya di Kampung Wak Salam di sini malam kelmarin.

Kejadian itu disedari ibunya apabila mendengar mangsa, Muhammad Iskandar Muhammad Syukri yang sedang bermain di ruang tamu rumah menangis sambil menahan kesakitan pada pukul 9 malam.

Menurut ibu mangsa, Nur Jannah Abdullah, 17, ketika kejadian, dia sedang mengemas rumah dan bergegas ke arah mangsa setelah terdengar tangisan anak tunggalnya itu.

“Saya mendapati kaki kiri Muhamad Iskandar terdapat lebam dan ketika menyapu ubat di kakinya, saya terkejut apabila ternampak seekor ular tedung senduk.

 Sumber : Kosmo

Allcoins.pw