Friday, August 31, 2012

Hotel tempat popular untuk buat maksiat
Menyorok bawah katil, mendaftar diri dengan nama palsu dan mengaku sebagai pasangan yang sudah berkahwin, itu antara taktik yang digunakan sebahagian 19 pasangan beragama Islam yang dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam operasi cegah maksiat pada malam sambutan Hari Kemerdekaan awal pagi tadi.
 
Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata pasangan berkenaan yang dicekup di hotel-hotel bajet sekitar bandar ini kerana berkhalwat kini ditahan JAIP untuk siasatan lanjut dan dibenar diikat jamin sebelum dibebaskan.  (Apa itu maksiat)

"Seramai 38 orang, iaitu 19 lelaki dan 19 wanita berumur dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun berjaya kita tahan dalam operasi cegah maksiat JAIP yang bermula dari 10 malam hingga 6 pagi tadi," katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir kira-kira 6.30 pagi tadi.

Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. 

Ini berita dari Langkawi - Kes Khalwat

 
Beliau turut menasihatkan pasangan berkenaan yang kebanyakannya muda-mudi agar menyambut kemerdekaan dengan cara yang sewajarnya, bukan mengambil peluang dengan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan Islam. : Berita dari Kuantan- Bernama

Komen : Amboi sambut `merdeka' konon !! kalau `merdeka' nikah la dulu !!

Topik berkaitan 
1. Lepas shopping terus buat maksiat
2. Buat maksiat didalam kereta

Iklan Ringkas
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!
BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...
Kerja Dari Rumah Yang Tidak Mengecewakan Anda !
Seminggu $5000 Wow !! 
Endless programs,

Friday, August 24, 2012

Petani Gigit Ular Tedung Hingga Mati

Baca Sejarah Ular Tedung
KATHMANDU : Seorang petani Nepal menggigit seekor ular tedung (baca fakta-fakta mengenai ular tedung) sehingga haiwan itu mati, kata polis semalam.
Petani itu, Mohamed Salmo Miya melakukan perbuatan itu bagi membalas dendam selepas haiwan tersebut mematuknya, lapor agensi berita AFP semalam.

Ketua polis tempatan, Uma Prasad Chatrubedi menyatakan Mohamed sedang bertani dekat kampungnya yang terletak 200 kilometer ke tenggara Kathmandu ketika dia dipatuk ular tersebut.

"Seorang petani di Kampung Bardanga telah membunuh seekor ular tedung putih dengan giginya kerana marah.

"Ular tersebut mematuknya semasa dia sedang bekerja di sawah padi miliknya pada Selasa lalu.

"Lelaki itu kemudian berlari dan membunuh ular tersebut," katanya.
Mohamed turut dirawat di sebuah klinik tempatan dan dia kini berehat di rumahnya.

"Saya berasa amat marah selepas ular itu mematuk saya. Kemudian saya mengekori haiwan itu, menangkap dan menggigitnya sehingga mati," dakwanya yang berusia 55 tahun kepada akhbar Annapurna Post.

"Saya mungkin membunuhnya dengan kayu tetapi saya menjadi 'gila' kerana marah dan mahu membalas dendam.

"Saya membunuhnya dengan gigi saya," tambahnya.

Nepal mempunyai pelbagai jenis ular berbisa dan tidak berbisa.

Salah satu ular berbisa itu dikenali sebagai ular batu India sepanjang 10 meter. 

Menurut agensi berita Reuters, seorang pegawai polis, Niraj Shahi berkata, lelaki itu tidak akan didakwa membunuh ular tersebut.

Menurutnya lelaki itu tidak didakwa kerana haiwan tersebut tidak disenaraikan sebagai spesies terancam. - Kosmo

Komen : Wow !! berani betul petani itu !! Tulah ular kenapa kacau orang sedang berkerja !!
Teks Iklan
Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!!
Anda mencari produk-produk herba dan kesihatan Jom ke Kedai kami 
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!
BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...
Kerja Dari Rumah Yang Tidak Mengecewakan Anda !
Seminggu $5000 Wow !! 
Dapatkan trafik percuma untuk blog/website anda,   
Endless programs
Program membekalkan air bersih untuk rakyat Malaysia !

Tuesday, August 21, 2012

Warkah Buat Isteri



SEREMBAN: “Doktor menjangkakan hayat isteri hanya 20 tahun saja, namun saya percaya, ajal di tangan Allah dan siapa kita untuk menentukannya,” luah bekas perunding kewangan, Abil Fikri Ahmad, 43, yang pasrah mengharapkan isterinya, Fauziah Muhamad, 38, pulih daripada penyakit kegagalan saraf otak dialaminya sejak lebih setahun lalu.
Menurut Abil Fikri beliau tidak pernah sekalipun berputus harap melihat keadaan isterinya yang baru dikahwini dua tahun lalu kini terlantar seperti kayu, umpama jasad tidak bernyawa akibat kegagalan saraf otak selepas diserang asma.

Katanya, dia reda dan menganggap apa yang berlaku antara ujian Allah yang harus ditempuhi, walaupun isterinya dianggap sudah tidak mampu untuk sembuh.
Mengimbas laporan Harian Metro terdahulu, Abil Fikri yang berkhidmat di sebuah bank di ibu negara sanggup berhenti kerja demi menjaga Fauziah yang kini terlantar akibat penyakit itu sejak Jun tahun lalu.

“Walaupun berat hati untuk mengetahui harapan isteri sama ada boleh pulih atau tidak, saya terpaksa bertanyakan doktor untuk persediaan di masa depan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Putih, Rasah, di sini.

Katanya, lebih memilukan, keadaan isterinya makin teruk dan doktor menjangkakan wanita itu tidak mampu pulih lagi dan akan terlantar sehingga akhir hayatnya. “Kini, isteri terlantar hampir setahun dua bulan dan doktor menjangkakan, sekiranya lebih setahun dia berkeadaan begitu, harapan untuk pulih amat tipis. “Namun, setiap hari saya akan terus berharap dan bersabar menunggu ‘kepulangan’ isteri tercinta,” katanya.

Untuk membuktikan cintanya pada si isteri, dia mencipta sebuah blog bertajuk ‘Warkah Buat Isteri’ sebagai rentetan kehidupan dilaluinya termasuk ketika menjaga wanita itu.

“Saya tidak sangka, pembabitan saya dalam blog tiga bulan lalu mendapat sambutan menggalakkan apabila kini hampir mencecah 300,000 pengikut. “Alhamdulillah, kini dengan bantuan masyarakat di luar sana, saya kini mendapat semangat luar biasa berikutan orang ramai tidak putus memberikan dorongan,” katanya.
Abil berkata, sebenarnya dia tidak terfikir untuk membuat blog berkenaan, bagaimanapun, sebaik memikirkan kemungkinan isterinya sembuh dan ditakdirkan dia meninggal dunia, wanita itu dapat membaca setiap luahan hatinya.

“Blog abil4fauziah.blogspot.com saya tujukan khas buat isteri tersayang dan diharap setiap pembaca mendapat manfaat berikutan di dalamnya saya turut menyelitkan beberapa motivasi dan rangsangan untuk menjadi manusia tabah,” katanya. Baca lebih disini

Komen : Beruntunglah si isteri dapat suami yang mithali sama seperti tahun-tahun lepas

Teks Iklan

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!
BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...

Cuma beli ubat gigi dapat berlian jom cepat masuk

 kad raya special from proton,, bagi kat aku sumer,, jangan lupa,,
Guna Hp pun boleh buat amal jariah !!

Program kutip duit dengan klik sahaja,
 
Dapatkan trafik percuma untuk blog/website anda,   
Endless programs
Program membekalkan air bersih untuk rakyat Malaysia !

Friday, August 17, 2012

Fasha dan Rizal beraya di luar negara

Pasangan bahagia Fasha dan Rizal
MENEROPONG jauh ke dalam matanya, jelas terpancar sebuah kebahagiaan yang dikecapinya. Meskipun tidak pernah diucap dengan kata-kata, namun meneliti pada gerak tubuh dan gurau senda pasangan sama cantik sama padan ini, tiada apa yang mampu memisahkan mereka lagi. 

Bagi pelakon terkenal, Nur Fasha Sandha Hassan (lihat biodata Fasha Sandha) yang kini hamil dua bulan lebih selepas diakad nikah bersama suami tercinta, Rizal Ashram pada 27 April lalu, setiap saat yang berlalu dalam perkahwinan yang dibina adalah kenangan manis antara mereka berdua.

 Mengenalinya lama dulu dan tidak sekali ketinggalan mengikuti kisah cinta yang ada pada dua insan rendah diri ini yang mula menyemai rasa sayang sejak tujuh tahun lalu, tiada apa yang mustahil untuk menyatukan mereka. Lantas, ikatan yang ada ketika ini, suami isteri dengan episod manis apabila disahkan bakal menjadi ibu dan ayah, Fasha bersama suaminya juga ahli perniagaan berjaya berusia 36 tahun ini sepakat ingin menikmati kesemua detik bersama agar rasa cinta yang ada kekal hingga ke akhir hayat.

“Saya bahagia dan sentiasa bersyukur dengan apa yang sudah diberikan kepada saya ketika ini. Perkahwinan (Lihat gambar perkahwinan Fasha Sandha dan Rizal) yang menjadi impian sekian lama, seorang isteri yang memahami dan tidak henti menyokong serta perjalanan kerjaya yang kian cemerlang dan sempurna,” celah Rizal membuka bicara.

Menyatukan suami isteri ini untuk satu sesi fotografi (lihat foto Fasha Sandha diBali) bukanlah kerja mudah kerana masing-masing terikat dengan jadual kerja yang padat. Si isteri yang masih sibuk menjiwai skrip drama siri Runtun Qalbu di lokasi setiap hari dan suaminya pula penuh dengan komitmen perniagaan dan latihan untuk persiapan mewakili Malaysia dalam pasukan Lamborghini Kuala Lumpur JH Italia bagi kejohanan The Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia.

Usik Fasha, pelakon popular berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru ini, ini adalah pertama kali jadual kerja dan tanggungjawabnya begitu padat hingga tidak mampu memenuhi undangan sesi fotografi media dan temubual televisyen.

“Status isteri itu sudah saya rasai. Bayangkan, sepanjang Ramadan saya begitu sibuk kerana terikat dengan jadual penggambaran setiap hari dan terpaksa membahagikan masa untuk bersama suami. Alhamdulillah setiap hari saya berpeluang untuk berbuka puasa bersama Rizal walaupun ada kalanya kami terpaksa terkejar-kejar untuk pulang ke rumah atau bertemu di mana-mana.

“Mujur suami memahami dan kami saling menerima antara satu sama lain. Jika ada kelapangan, saya pasti akan masak untuknya namun sekiranya kesuntukan masa, kami hanya akan berbuka di luar saja. Namun sahur adalah kewajipan kami berdua setiap pagi. Syukur suami seorang yang ringkas dan tidak cerewet.

“Dalam pada sibuk, kami berdua masih berpeluang untuk berbuka puasa bersama keluarga kedua-dua belah pihak. Itu lebih manis dan memberikan saya pengalaman baru. Kali ini, saya sudah tidak boleh meletak sepenuh fokus pada keluarga sendiri saja seperti sebelumnya, sebaliknya kali ini saya sudah mempunyai suami dan keluarga mentua pula.

“Inilah yang dikatakan tanggungjawab dan saya begitu seronok melaluinya,” katanya memandang manis sambil membetulkan butang baju suami di sisi.

Lebih menariknya yang menjadi topik utama pertemuan kami petang itu adalah sambutan Aidilfitri pertama mereka sebagai suami isteri.  Baca lebih lanjut disini

Teks Iklan
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!
BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...

Cuma beli ubat gigi dapat berlian jom cepat masuk

 kad raya special from proton,, bagi kat aku sumer,, jangan lupa,,
Guna Hp pun boleh buat amal jariah !!

Program kutip duit dengan klik sahaja,
 
Dapatkan trafik percuma untuk blog/website anda,   
Endless programs
Program membekalkan air bersih untuk rakyat Malaysia !

Tuesday, August 14, 2012

Anak Samun ibu sendiri .

Ingin Ketahui Punca Anak Derhaka ? - Sekadar Gambar Hiasan
Petaling Jaya : Anak setan. Itulah gelaran layak diberikan kepada seorang remaja berusia 18 tahun apabila bukan saja mengugut untuk membakar rumahnya sendiri sebaliknya memecah masuk bilik ibunya sebelum ‘menyamun’ barang kemas dan wang tunai dianggarkan lebih RM2,000 dalam kejadian di rumah mereka di Seksyen 6, di sini Sabtu lalu. 

Remaja terbabit bertindak demikian selepas keengganan ibunya berusia 53 tahun memberikan wang kepadanya yang mahu digunakannya untuk berjoli bersama rakan-rakannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, remaja terbabit masuk ke bilik ibunya bagi meminta wang. Menurut sumber, remaja terbabit memberitahu mahu keluar dan pergi membeli baju raya, namun ibunya mengesyaki anaknya itu mahu berjoli bersama rakannya.

“Disebabkan itu, wanita terbabit tidak memberikan wang kepada anaknya itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan.

Komen : Inilah anak-anak muda zaman sekarang yang sudah lupa `jati diri' dan sudah hilang pegangan agama, sehinggakan ibu sendiri sanggup dikasari. Hantu pun boleh kena samun inikan pula seorang ibu !

Ikuti Kisah Sebenarnya
Sumber : Metro, OhVideo

Topik - topik lain

Teks Iklan
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!
BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...
Cuma beli ubat gigi dapat berlian jom cepat masuk
 kad raya special from proton,, bagi kat aku sumer,, jangan lupa,,
Guna Hp pun boleh buat amal jariah !!
Program kutip duit dengan klik sahaja, 
Dapatkan trafik percuma untuk blog/website anda,   
Endless programs
Program membekalkan air bersih untuk rakyat Malaysia !

Monday, August 6, 2012

Heboh Hantu Naik Kapal Terbang !!


Komen : Ini kisah  pula, kisah hantu pergi melancong dengan kapal terbang Air Asia (hantu ini spesis yang tak boleh terbang dan tak payah bayar tiket - tau naik free jer) untuk ke London nak pergi Olimpik kot !! he he !! .

Miri - Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan 'hantu' dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini.
 
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan 'hantu' yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.

Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas.

"Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang.

"Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat," katanya ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam.
Saya `HANTU' lipstik !! 10 perkara pelik tentang lipstik

Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya.

Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ. Sumber : Kosmo

Pesanan Dari hantu


Topik berkaitan 

Allcoins.pw