Sunday, December 30, 2012

Pelacur salun diberkas ketika ‘Beraksi’ di ranjang

Salun pun boleh jadi pusat pelacuran
Kegiatan haram pemilik salun yang menyediakan khidmat pelacur warga asing sejak beberapa bulan lalu berakhir apabila sebuah premis persundalan dua tingkat di kawasan Kepong di sini diserbu kelmarin.
 
Dalam serbuan pukul 9 malam itu polis dapat menahan lima wanita China dan dua rakyat Thailand berusia antara 20 hingga 28 tahun selepas disyaki menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

7 pelacur ditahan
Ketika serbuan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Cegah Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman itu dilakukan, terdapat tiga pelacur sedang melakukan hubungan seks dengan tiga pemuda tempatan.

Empat lagi pelacur sedang menunggu pelanggan di bilik tidur yang ditempatkan di tingkat atas. Pegawai operasi, Inspektor Muhammad Mohd. Jais berkata, selain pelacur, pihaknya turut menahan tiga pelanggan tersebut. Baca artikel penuh disini.

Berita berkaitan

Iklan Teks
Share cerita dan berita dapat duit .. sungguh mudah

Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!! Endless Earning  programs,

Tuesday, December 25, 2012

Banjir Semakin Menjadi

Nampaknya kali ini, banjir semakin menjadi-jadi dan khabarnya semakin buruk dengan bilangan mangsa banjir yang dipindahkan semakin meningkat. Sila lihat portal banjir oleh Majlis Keselamatan Negaran(MKN). Untuk berita selanjut, sila baca dibawah ini.

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk semalam dengan maklumat terkini menunjukkan lebih 12,305 mangsa dipindahkan berbanding 2,921 mangsa yang dipindahkan kelmarin.

Terengganu terus mencatat mangsa terbanyak dengan 6,637 mangsa dipindahkan ke 111 pusat pemindahan sementara di kesemua tujuh daerah di negeri itu ekoran hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, jumlah mangsa banjir di Kelantan pula meningkat kepada 3,293 yang kini ditempatkan di 37 pusat pemindahan sementara, manakala di Pahang sebanyak 2,375 mangsa dipindahkan ke 15 pusat pemindahan.

Di Terengganu, daerah Hulu Terengganu mencatat mangsa banjir terbanyak dengan jumlah 1,608 orang di 16 pusat pemindahan dikuti daerah Besut dengan 1,096 mangsa. Untuk artikel penuh sila layari kosmo

Berita-Berita lain,
Sumber : Majlis Keselamatan Negara (MKN), Wikipedia,  Amekaw, Kosmo.
Iklan Teks


Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!!
Endless Earning  programs,

Tuesday, December 18, 2012

Buaya Senang kena tumbuk..

Ikuti kisah dongeng buaya senang di Sarawak.
Ini kisah di Miri Sarawak, sekor buaya ditumbuk mata oleh seorang petani yang perkasa !

Seorang petani terselamat daripada maut setelah dia bertindak nekad menumbuk mata kiri seekor buaya yang menyerangnya di Sungai Sibuti di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 1 petang itu, Alimina Lamat, 44, dari Kampung Bulau Ulu, Sungai Sibuti sedang mencangkung di atas jeti untuk mandi sebelum tiba-tiba dilibas buaya berkenaan dipercayai sepanjang dua meter.

Menurutnya, sejurus diserang, Alimina terus menumbuk mata kiri Sang Bedal tersebut sebelum buaya berkenaan menggigit kaki kirinya.
Lokasi kejadian `menumbuk berlaku'.

"Mujur saya tidak tercampak ke dalam sungai dan sempat bergelut dengan buaya itu dari atas jeti.

"Saya juga sempat menendang tepat kepala buaya berkenaan sebelum ia hilang daripada pandangan saya," ceritanya di sini semalam.

Mencerita lanjut, dia yang telah berpuluh tahun mandi di jeti tersebut tidak menyangka perkara tersebut akan berlaku kepada dirinya.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Bekenu ketika dihubungi menasihati orang ramai agar berhati-hati semasa mandi kawasan sungai tersebut. Artikel Penuh disini
 
Sumber :   Legenda Jentayu, Kosmo.

Iklan Teks

Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!! Endless Earning  programs,

Sunday, December 16, 2012

Lelaki Botak Boleh Jadi Wanita ?

Gambar Harith Iskandar. Hensem tak botak ?
Adakah anda mengalami masalah botak/keguguran rambut serius ? (Ketahui punca-punca botak) dan sedang mengambil ubat Propecia untuk mengatasinya. Awas anda akan bertukar menjadi perempuan. 

Ini kerana ubat Propecia dikatakan memberikan kesan sampingan yang mengejutkan disamping , Ia berfungsi dengan menukarkan hormon testosteron kepada dihidrotestosteron sekali gus menggalakkan pertumbuhan rambut normal.

Salah seorang mangsa,  seorang jurutera perisian komputer dari Tampa, Florida, Amerika Syarikat (AS), William McKee, 38, mendakwa dia mengalami perubahan fizikal yang mendadak selepas sembilan bulan mengambil pil itu. 

Menurut McKee, antara perubahan fizikal itu termasuklah penambahan ukur lilit pinggul serta dada.
Pil Propecia - Baca sejarah penemuanya
 
 “Saya dapat merasakan perubahan yang berlaku pada diri saya sejak mengambil preskripsi itu. Walaupun saya telah berhenti mengambilnya, kesan pil itu masih ada sehingga ke hari ini.

“Menurut doktor, pil Propecia mampu merendahkan kadar hormon testosteron sekali gus menyebabkan ciri kelakian saya hilang sedikit demi sedikit,” kata McKee dalam satu temu bual.

McKee yang mempunyai seorang anak lelaki hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya menjelaskan, dia berazam untuk meneruskan proses transisi itu dan seterus berubah menjadi wanita sepenuhnya.

Lain pula kisahnya dengan seorang lagi lelaki AS, Kevin Malley, 31. Atas nasihat doktor, dia mengambil pil tersebut selama lebih kurang lima bulan. Akibatnya keinginan seksnya semakin menurun dan dalam masa yang sama, saiz alat kelaminnya terus mengecut.

“Saya hanya mahu pengeluar ubat itu sedar bahawa ubat itu mampu merosakkan hidup pengguna di seluruh dunia. Saya ialah salah seorang daripada mereka,” katanya.

Menurut Pakar Perbidanan, Sakit Puan dan Kesuburan Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Eeson Sinthamoney, pengguna di negara ini seharusnya tidak mengambil Propecia dalam dos yang berlebihan. Ini kerana wujud elemen antiandrogen dalam ubat itu yang boleh menjejaskan kesihatan serta kesuburan kaum lelaki.

“Ciri kelelakian setiap individu bergantung pada jumlah hormon androgen yang ada padanya. Jenis hormon androgen utama bagi kaum lelaki dikenali sebagai hormon testosteron.

“Masalah keguguran rambut yang dialami oleh kaum lelaki pula sangat berkait rapat dengan penghasilan hormon androgen yang terlalu tinggi di dalam tubuh.

“Jadi, apabila hormon androgen meningkat, kadar pertumbuhan rambut pula akan semakin berkurangan,” jelas Eeson mengenai sebab berlakunya masalah keguguran rambut dalam kalangan lelaki.

Mengulas lanjut mengenai kesan positif Propecia, Eeson berkata, apabila pesakit mengambil pil itu, kandungan antiandrogen yang ada di dalamnya mampu menyeimbangkan hormon androgen sekali gus memulihkan masalah keguguran rambut.

“Kerana itu pesakit disarankan supaya mengambil pil Propecia dengan dos dan mengikut kadar masa yang telah ditetapkan,” katanya. 

Eeson menambah, apabila seseorang pesakit itu mengamalkan pengambilan pil ini secara berterusan ataupun mengambilnya secara berlebihan, tahap kesuburannya pasti akan terjejas, penghasilan sperma berkurangan manakala ciri kewanitaan mula kelihatan.

“Secara logiknya, apabila hormon yang membawa ciri kelelakian berkurangan di dalam tubuh, maka kecenderungan seksual dan keadaan fizikal turut berubah.

“Justeru, sebelum bercadang untuk mencuba sebarang jenis ubat-ubatan, individu yang mengalami masalah rambut gugur perlu mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu,” jelas Eeson. Untuk artikel penuh di Kosmo

Sumber : Biodata Harith Iskandar, Kosmo, Punca botak, Propecia,

Nota : He he he abang botak, jadi perempuan auwwwww !

Iklan Teks

Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!! Endless Earning  programs,

Tuesday, December 4, 2012

Harnida sedia pamer aksi ‘goyang gerudi’

Peserta Soulstar 2012, Harnida Shazila Haron, 17, mengakui tidak sabar untuk menunjukkan aksi ‘goyang gerudi’ Inul Daratista (lihat biodata Inul) apabila mendendangkan lagu Kopi Dangdut pada konsert mingguan kelima Sabtu ini.
 
Dia yang lebih mesra disapa Nyda berkata, penampilan seksi penyanyi dangdut terkenal Indonesia itu bakal mencabar kebolehannya untuk menyanyi sambil menari.

Mampukah Harnida Shazila Haron @ Nyda mengatasi Inul ?
Nyda bagaimanapun meletakkan faktor menjaga kesusilaan atas pentas sebagai keutamaan meskipun yakin dengan kemampuan yang ada pada dirinya.

“Bagi saya, irama dangdut ada keistimewaannya meskipun ramai berpendapat irama ini boleh mengundang berahi ketika melakukan persembahan.

“Gelekan saya mungkin tidak sekencang Inul, namun saya sangat teruja apabila dipilih untuk mendendangkan lagu ini,” katanya di sini semalam.

Untuk melihat lagu kopi dangdut Inul Daratista



 Sila lihat artikel penuh : Kosmo

Iklan Teks
Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!! Endless Earning  programs,
Allcoins.pw