Thursday, October 11, 2018

Pemandu Lori Lawan Arus Denda Rm10,200


PEMANDU lori yang memandu melawan arus di Kilometer 432 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Sungai Buaya, Rawang didenda RM10,200 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap pelbagai kesalahan trafik yang dilakukan di Shah Alam bermula 2008 hingga kini.

Majistret P Sarulatha turut memerintahkan G Alagenran, 37, selaku Orang Kena Saman (OKS) menjalani hukuman penjara 102 hari, sekiranya gagal bayar denda.

Lelaki itu, bagaimanapun gagal bayar denda terbabit dan dihantar ke Penjara Kajang.

Alagenran yang juga bapa kepada empat anak menghadapi 16 pertuduhan membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas di Shah Alam bermula 2008 hingga kini.

Dia yang mempunyai 12 waran tangkap di Shah Alam didakwa mengikut Seksyen 26 (1), Seksyen 56(1) dan Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap pelbagai kesalahan lalu lintas.

Terdahulu, peguam mewakili tertuduh, Amirul Nazreen Anas memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atas anak guamnya disebabkan pengakuan bersalah itu menjimatkan kos dan masa mahkamah.

Katanya, Alagenran yang berpendapatan RM1,600 sebulan terpaksa membayar sewa rumah RM600.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Syazwanie Marizan.

Terdahulu, Alagenran turut didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini. Ikuti berita selanjutnya disini


Sumber : Bernama



No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw