Ye ini adalah kisah benar dan bukan gurauan. Seorang nenek di Kuala Terengganu telah dikatakan suka membebel atau berleter telah ditetek dengan parang oleh cucunya sendiri. Ikuti kisah selanjutnya dibawah ini,
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi ketika mangsa, Halimah Taib, 78,
sedang berehat di atas wakaf di halaman rumah sambil menunggu ketibaan peraih
untuk membeli barangan basah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten
Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, mangsa yang cedera parah di bahagian
leher setelah terkena tiga tetakan, meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut beliau, sepasukan anggota polis bersama unit
forensik dikejarkan kejadian selepas menerima maklumat daripada orang ramai.
“Suspek berusia 33 tahun itu diberkas kira-kira sejam
kemudian tidak jauh dari tempat kejadian dalam keadaan kebingungan.
“Dengan bantuan suspek, kita berjaya mengesan parang
yang digunakan untuk menetak neneknya yang dilemparkan ke dalam semak kira-kira
30 meter dari lokasi dia ditangkap.
“Difahamkan, suspek sempat membasuh tangan dan parang di
masjid berhampiran, sebelum membuang senjata itu ke dalam semak,” katanya dalam
sidang akhbar di sini.
Al Fatihah
Wan Abdul Aziz berkata, suspek akan direman bermula esok
dan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Beliau memberitahu, suspek berasal dari Bandar Baru
Cheneh, Kemaman baru seminggu bersama neneknya yang tinggal bersendirian untuk
mengutip buah duku sebelum dijual.
“Siasatan lanjut mendapati suspek merupakan seorang
penagih dadah. Bagaimanapun, ketika kejadian, suspek didapati berada dalam
keadaan normal (sedar),” ujar beliau.
Tambah
Wan Abdul Aziz, setakat ini, suspek juga dikesan tidak memiliki sebarang rekod
jenayah.
Sila ikuti berita ini. DIsini
No comments:
Post a Comment