Monday, July 6, 2015

MERS Serang Filipina



Seorang warga asing yang berlepas ke Filipina dari Asia Barat menjadi kes kedua Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di negara berkenaan, kata jabatan kesihatan semalam selepas wabak maut itu mencetuskan kebimbangan di seluruh Asia.

Setiausaha Kesihatan Janette Garin berkata, pesakit lelaki berusia 36 tahun itu kini dikuarantin di sebuah fasiliti kerajaan bagi mengekang penularan virus tersebut.

“Kami melihat dia semakin sembuh,” kata Garin pada satu sidang media.

Lelaki itu jatuh sakit pada 2 Julai lalu selepas tiba di Filipina melalui Dubai, katanya tanpa mengulas lanjut.Seorang jururawat Filipina yang kembali dari Arab Saudi pada Februari lalu pula menjadi orang pertama dijangkiti MERS di negara itu tetapi pesakit kemudian sembuh.
Menurut Garin, pihaknya sedang mengesan individu-individu yang pernah berhubungan dengan pesakit itu bagi mengelakkan virus MERS daripada terus menular.

“Mereka termasuk semua penumpang yang menaiki penerbangan sama dengan pesakit,” katanya.Dalam pada itu, Korea Selatan yang dilanda wabak MERS paling teruk di luar Arab Saudi merekodkan 185 pesakit dengan 33 kematian.
Daripada keseluruhan jangkitan, 41 orang masih dirawat di hospital dengan 11 pesakit kritikal, kata pihak berkuasa Korea Selatan. Di tempat lain di Asia, Malaysia melaporkan satu kes MERS sebelum wabak di Korea Selatan tercetus, manakala China mengesan seorang pesakit MERS yang berkunjung ke negara itu dari Korea Selatan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Artikel Penuh: KOSMO

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw