Seorang lelaki berusia
39 tahun mendakwa diperdaya lebih RM300,000 oleh seorang warga asing
yang baru dikenalinya menerusi media sosial Facebook.
Lelaki tempatan itu melaporkan insiden terbabit kepada polis pada 11
November dengan mendakwa satu transaksi pemindahan mata wang bank
memerangkapnya untuk mempercayai urusniaga itu sebagai tulen, berikutan
modus operandi yang begitu licik sehinggakan seolah-olah bukan dilakukan
sindiket penipuan mata wang asing.
Ketua Polis Labuan, Superintendan Adzhar Othman berkata, modus
operandi seperti yang didakwa pengadu didalangi beberapa individu warga
asing dan tempatan.
Berdasarkan siasatan awal, mangsa menghubungi seorang warga Amerika
yang dikenalinya menerusi Facebook dan kemudian berurusan dengannya
berkaitan transaksi pemindahan mata wang bank berjumlah AS$2 juta (RM6.7
juta) menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Kuala Lumpur.
Beliau berkata dalam 'perbualan Facebook' itu, mangsa diminta
berjumpa seorang ejen, seorang warga British berumur 30-an, di sebuah
hotel di Kuala Lumpur pada Ogos.
"Bagi menjayakan modus operandi itu, mangsa diminta bertemu seorang
lagi warga British yang kemudian menunjukkan kepadanya sebuah beg
mengandungi mata wang berjumlah AS$2 juta (RM6.7 juta). Tanpa mengesyaki
apa-apa, mangsa bersetuju dengan urusniaga itu.
Tambah Adzhar, mangsa kembali ke Labuan pada hari berikutnya dan
diminta memasukkan RM7,050 menerusi Pemindahan Dana Antarabangsa bagi
proses transaksi pemindahan mata wang ke dalam akaun seorang rakyat
tempatan di Labuan.
Menurutnya, mangsa turut menyerahkan AS$4,000 (RM13,431) tunai kepada
ejen itu di sebuah hotel, dan ejen itu memaklumkan kepadanya pemindahan
matawang itu akan dilakukan pada 10 November.
"Bagaimanapun seorang wanita tempatan menghubungi mangsa dengan
memperkenalkan dirinya sebagai pembantu ejen itu dan dia sedang dalam
perjalanan untuk menyerahkan matawang terbabit.
"Apa yang memeranjatkan mangsa adalah wanita itu tiba-tiba
memberitahunya dia ditahan polis dan mulai saat itu, mangsa merasakan
dia terperangkap dan tertipu lalu membuat laporan polis," katanya. -
Bernama
Iklan Text
- Extra- ordinary Income, for Ordinary people,
- How I make $20/day Just Browsing The Web
- this s*** made him $1,456.3985 a Month
- Generate income online WITHOUT spending any money.
- Dapatkan 1,000,000 traffic percuma .
- Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!!
- Anda mencari produk-produk herba dan kesihatan Jom ke Kedai kami
- JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!
- BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...
- Kerja Dari Rumah Yang Tidak Mengecewakan Anda !
- Seminggu $500 Wow !!
- Dapatkan trafik percuma untuk blog/website anda,
- Endless Earning programs
No comments:
Post a Comment