Keputusan rasmi berhubung status halal berikutan penemuan DNA babi
dalam dua sampel coklat Cadbury akan diumum sebaik keputusan analisis
Jabatan Kimia diperolehi dalam tempoh tujuh hari.
Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman
Mustapha berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Jakim
bersama-sama Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan
Standard Malaysia.
"Makmal Jabatan Kimia merupakan makmal rasmi digunakan Jakim atau
Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam pensijilan halal sebagaimana
yang ditetapkan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia,"
katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat berkenaan di sini hari ini.
Beliau berkata, makmal itu juga telah diwartakan sebagai makmal
makanan yang kompeten dalam menjalankan analisis makanan selain mendapat
akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia bawah Skim Akreditasi
Makmal Malaysia (SAMM) berdasarkan Standard MS ISO/IEC 17025: 2005 bagi
pengujian DNA termasuk bagi pengujian produk makanan terproses.
Dua sampel coklat keluaran Syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn.
Bhd yang didapati mempunyai DNA khinzir ialah Cadbury Coklat Susu dengan
Kacang Hazel (nombor kelompok 200813 M01H12) dan Cadbury Coklat Susu
dengan Buah Badam (nombor kelompok 221013 N01RI1). - UTUSAN
Berita sebelumnya..
Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA babi
(porcine) dalam produk coklat susu dengan kacang hazel – Cadbury Dairy
Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014.
Di dalam media sosial tersebut memaparkan keputusan analisis porcine dikesan di dalam produk coklat susu dengan kacang hazel – Cadbury Dairy Milk.
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara berkaitan dengannya.
Hasil siasatan oleh KKM mendapati 3 sampel coklat Cadbury diambil untuk analisis porcine bagi tujuan pemantauan.
Keputusan analisis mendapati 2 sampel dikesan mengandungi porcine iaitu:
i) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no 200813M01H I2) yang bertarikh luput 13 November 2014.
ii) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
Manakala, satu lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan porcine.
Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk terbabit dari pasaran dengan serta-merta.
KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq. – Bernama, 24 Mei, 2014.

Iklan Text
- Extra- ordinary Income, for Ordinary people, How I make $20/day Just Browsing The Web this s*** made him $1,456.3985 a Month Generate income online WITHOUT spending any money. Dapatkan 1,000,000 traffic percuma .
- Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!!
- Anda mencari produk-produk herba dan kesihatan Jom ke Kedai kami
- JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!
- BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...
- Kerja Dari Rumah Yang Tidak Mengecewakan Anda !
- Seminggu $500 Wow !!
- Dapatkan trafik percuma untuk blog/website anda,
- Endless Earning programs
No comments:
Post a Comment