Musim yang panas kering telah menggalakkan pembiakan nyamuk aedes, tak pasti kolerasinya.Kita semua hendaklah berhati-hati dan membersihkan tempat-tempat pembiakan nyamuk. Setakat ini ramai yang telah menjadi mangsa. Sila baca berita dibawah ini,
Sebanyak 29 kematian akibat denggi dilaporkan sejak
Januari sehingga 22 Februari, peningkatan 263 peratus atau lapan
kematian berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S Subramaniam berkata, 16,383 kes
denggi dilaporkan dari tempoh sama dengan peningkatan sebanyak 316
peratus berbanding tahun lepas.
"Bagi minggu ke lapan tahun ini (16 - 22 Februari 2014), empat
kematian dilaporkan berlaku melibatkan dua wanita berusia 34 tahun dan
37 tahun serta dua lelaki berusia 21 tahun dan 35 tahun kerana
komplikasi demam denggi," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, sejumlah 580 lokaliti wabak yang masih aktif
dilaporkan di 12 negeri antaranya 354 lokaliti di Selangor, 66 lokaliti
di Negeri Sembilan, 48 lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya, 30
lokaliti di Johor, 25 lokaliti di Perak dan 23 lokaliti di Kelantan.
Tujuh negeri turut menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu
sebelumnya iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Sabah, Melaka,
Kelantan dan Sarawak, katanya.
Orang ramai, katanya, boleh mendapatkan bekalan ubat pembunuh jentik-jentik di semua pejabat kesihatan berhampiran.
Tajuk berkaitan,
Tanda-tanda demam denggi
Cara Pencegahan Demam Denggi
Cara Membuat Perangkap Nyamuk Yang Paling Mudah Dan Selamat
Cara membuat jus aloe vera
Tanda-tanda demam denggi
Cara Pencegahan Demam Denggi
Cara Membuat Perangkap Nyamuk Yang Paling Mudah Dan Selamat
Cara membuat jus aloe vera
Iklan Text
No comments:
Post a Comment