Tuesday, October 1, 2013

Awas Harimau Kuala Pilah

Harimau Kumbang disyaki mengganas di Kuala Pilah N. Sembilan
Ini pula kisah harimau yang telah mengganas di Kampung Parit Mungkal, Tanjung Ipoh Kuala Pilah Negeri Sembilan (baca sejarah Kuala Pilah) dengan membunuh haiwan-haiwan ternakan penduduk kampung tersebut. Ikuti kisah penuh dibawah ini.
Penduduk di Kampung Parit Mungkal, Tanjung Ipoh dekat sini hidup dalam ketakutan selepas harimau kumbang dipercayai telah menyerang ternakan biri-biri milik seorang penduduk di situ kelmarin.
Penternak, Nor Asiah Yunus, 61, berkata, dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, dua ekor biri-biri miliknya hilang manakala baki sembilan lagi ekor biri-biri ditemui mati dengan kesan kecederaan akibat dibaham haiwan buas.
Menurut wanita itu, dia menyedari kejadian tersebut apabila dua anaknya, Abdul Mujib Nong Singah, 30, dan NorKhairukha, 41, pergi ke kandang tersebut pada pukul 7 pagi.
“Kedua-dua anak saya terkejut apabila menemui sembilan ekor biri-biri di dalam kandang itu dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dengan banyak kesan kecederaan pada badan setiap ternakan itu,” kata Nor Asiah ketika ditemui di sini semalam. Ikuti berita penuh di sini
Tajuk berkaitan, 


14 tahun rogol di Kuala Pilah

Iklan Text

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw