Monday, September 16, 2013

Ching Peng Mati di Bangkok

Chin Peng - Musuh Negara (Baca Biodata)

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng (gambar), yang hidup dalam buangan di Bangkok, Thailand, meninggal dunia pada 16 September 2013.



Chin Peng, 89, menerima rawatan bagi penyakit kanser di sebuah hospital di Bangkok, sejak beberapa tahun lalu. 


Berasal dari Sitiawan, Perak, Chin Peng mengetuai PKM dan melancarkan perang gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia sebelum dan selepas negara merdeka. Dia bertanggungjawab terhadap kematian beribu-ribu askar, polis dan rakyat negara ini. 


Tindakan tidak berperikemanusiaan Chin Peng serta gerilanya mendorong British mengisytiharkan darurat di antara 1948 hingga 1960. 

Pada 1950-an, keganasan dicetuskan PKM pimpinan Chin Peng mendorong pihak keselamatan menawarkan ganjaran sebanyak suku juta dolar kepada sesiapa yang berjaya menahannya hidup-hidup. 

Pada 1955, Rundingan Baling diadakan dan Chin Peng berjanji meletakkan senjata jika parti itu diiktiraf dan kebebasan mereka tidak disekat, bagaimanapun Kerajaan Perikatan menegaskan PKM mesti menyerah kalah. Baca artikel penuh disini.

Tajuk berkaitan, 

Iklan Text

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw