Tuesday, December 25, 2012

Banjir Semakin Menjadi

Nampaknya kali ini, banjir semakin menjadi-jadi dan khabarnya semakin buruk dengan bilangan mangsa banjir yang dipindahkan semakin meningkat. Sila lihat portal banjir oleh Majlis Keselamatan Negaran(MKN). Untuk berita selanjut, sila baca dibawah ini.

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk semalam dengan maklumat terkini menunjukkan lebih 12,305 mangsa dipindahkan berbanding 2,921 mangsa yang dipindahkan kelmarin.

Terengganu terus mencatat mangsa terbanyak dengan 6,637 mangsa dipindahkan ke 111 pusat pemindahan sementara di kesemua tujuh daerah di negeri itu ekoran hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, jumlah mangsa banjir di Kelantan pula meningkat kepada 3,293 yang kini ditempatkan di 37 pusat pemindahan sementara, manakala di Pahang sebanyak 2,375 mangsa dipindahkan ke 15 pusat pemindahan.

Di Terengganu, daerah Hulu Terengganu mencatat mangsa banjir terbanyak dengan jumlah 1,608 orang di 16 pusat pemindahan dikuti daerah Besut dengan 1,096 mangsa. Untuk artikel penuh sila layari kosmo

Berita-Berita lain,
Sumber : Majlis Keselamatan Negara (MKN), Wikipedia,  Amekaw, Kosmo.
Iklan Teks


Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!!
Endless Earning  programs,

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw