Ingin Ketahui Punca Anak Derhaka ? - Sekadar Gambar Hiasan |
Petaling Jaya : Anak setan. Itulah gelaran layak diberikan kepada seorang remaja
berusia 18 tahun apabila bukan saja mengugut untuk membakar rumahnya
sendiri sebaliknya memecah masuk bilik ibunya sebelum ‘menyamun’ barang
kemas dan wang tunai dianggarkan lebih RM2,000 dalam kejadian di rumah
mereka di Seksyen 6, di sini Sabtu lalu.
Remaja terbabit bertindak demikian selepas keengganan ibunya
berusia 53 tahun memberikan wang kepadanya yang mahu digunakannya untuk
berjoli bersama rakan-rakannya.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, remaja terbabit masuk ke bilik ibunya bagi meminta wang. Menurut sumber, remaja terbabit memberitahu mahu keluar dan pergi
membeli baju raya, namun ibunya mengesyaki anaknya itu mahu berjoli
bersama rakannya.
“Disebabkan itu, wanita terbabit tidak memberikan wang kepada anaknya itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner
Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan.
Komen : Inilah anak-anak muda zaman sekarang yang sudah lupa `jati diri' dan sudah hilang pegangan agama, sehinggakan ibu sendiri sanggup dikasari. Hantu pun boleh kena samun inikan pula seorang ibu !
Ikuti Kisah Sebenarnya |
Topik - topik lain
Teks Iklan
No comments:
Post a Comment