Tinggal kenangan : Ikuti kontrovesi perkahwinannya digereja. |
KUALA LUMPUR: Selepas berhadapan dengan pelbagai spekulasi berikutan dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, dekat sini, baru-baru ini, bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Salyo Priyanto Nutosoemarsono di sini, semalam.
Lafaz cerai itu diucapkan Salyo pada jam 2.55 petang di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Sasha.
Sasha selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Lebih menarik, Sasha memohon untuk menyerahkan satu nota kepada mahkamah kerana tidak mahu mendedahkan punca kemelut rumah tangga mereka secara terbuka ketika ditanya sebab memfailkan permohonan cerai itu.
Lebih menarik, Sasha memohon untuk menyerahkan satu nota kepada mahkamah kerana tidak mahu mendedahkan punca kemelut rumah tangga mereka secara terbuka ketika ditanya sebab memfailkan permohonan cerai itu.
“Kalau saya bagi nota pada Yang Arif, Yang Arif boleh baca kan?” tanya Sasha sebelum menyerahkan nota kepada mahkamah. Sumber : Metro
Bagi Shasha inilah perkahwinannya yang kedua, yang hanya bertahan selama 5 tahun dan mereka dikurniakan seorang anak tunggal, Adam Aryasenna Notosoemarsono yang kini berusia 3 tahun. Sumber : Izan
Topik berkaitan,
Watie & Elite bersanding serentak,
Iklan : Dapatkan traffik percuma disini, luaskan potensi kewangan anda, kecil lebih baik, berkongsi lebih baik.
No comments:
Post a Comment