Dataran Merdeka Disiang Hari - Ingin tahu asal-usul Dataran Merdeka ? |
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai telah memperoleh perintah mahkamah bagi menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang awam daripada memasuki dan berkumpul di Dataran Merdeka di ibu negara, yang ditutup mulai jam 6 pagi tadi.
Sinar Harian Online difahamkan perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret semalam.
Sehubungan itu, PDRM dijangka akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara tersebut kira-kira jam 3 petang ini.
Keadaan Dataran Merdeka Sekarang |
Pita kuning turut dipasang sekeliling kawasan yang dijadikan sebagai tapak perkhemahan oleh aktivis Occupy Dataran dan Solidariti Mahasiwa Malaysia (SMM), sejak 14 April lalu, menandakan kawasan tersebut adalah kawasan larangan untuk orang ramai.
Sementara itu, kira-kira 300 orang anggota penguat kuasa PDRM dan DBKL bersama beberapa buah trak berada di sekitar dataran bagi memantau dan mengawal keadaan.
Masih terdapat beberapa aktivis dan pengikut Occupy Dataran termasuk Fahmi Reza - Facebook beliau., yang ditahan baru-baru ini, berada di sekitar Dataran Merdeka.
Sebelum ini mereka bertekad mahu kekal berada di Dataran Merdeka sehingga esok iaitu hari perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 - yang diadakan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Semalam, DBKL mengumumkan bahawa pihaknya akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi tadi sehingga 6 pagi Ahad ini. lihat kenyataan DBKL sebelum ini
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail (lihat profil Tan Sri Ahmad) dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut Seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.
DBKL sebelum ini menolak permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka esok kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.
Ia telah menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.Sumber
Komen : Penganjur bersih sengaja pilih dataran merdeka dan tidak memilih tempat lain sebab nak publisiti meluas!. Nasihat kami, jangan masuk Kuala lumpur esok, lebih baik `bersih' sekeliling rumah selama 3 minit dari menjadi tempat pembiakan nyamuk Ades.
No comments:
Post a Comment