Covid-19 merupakan jangkitan berasaskan titisan dan boleh disebarkan
secara langsung antara manusia atau melalui sentuhan pada permukaan yang
telah tercemar.
Covid-19 adalah penyakit berjangkit berbahaya yang boleh
merebak melalui titisan cecair daripada hidung dan mulut iaitu pesakit
yang bersin atau batuk akan mengeluarkan titisan cecair di udara dan
disedut oleh individu yang berdekatan.
Penyakit ini boleh merebak melalui udara atau apabila titisan cecair
daripada pesakit mencemari benda-benda di sekelilingnya (seperti tombol
pintu dan telefon).
Kajian mendapati Covid-19 dapat hidup di permukaan selama empat hingga
lima hari tetapi ada yang dapat bertahan selama sembilan hari di luar
tubuh pada suhu bilik manakala suhu rendah dan kelembapan udara yang
tinggi terus meningkatkan jangka hayatnya.
Diantara Tip Elak Jangkitan COVID19 (CORONA VIRUS),
1. Elak atau menangguh untuk mengunjungi negara
atau kawasan yang mempunyai jangkitan Covid-19. Kawasan yang mempunyai
jangkitan bermaksud kawasan atau negara yang mempunyai rangkaian
jangkitan dalam kalangan penduduk tempatan sebagaimana dilaporkan oleh
pihak berkuasa awam kebangsaan seperti China, Korea, Jepun, Itali dan
Iran.
2. Elakkan daripada berhubung rapat dengan pesakit dan mereka yang mempunyai simptom penyakit.
3. Buat sementara waktu, elakkan kelaziman berjabat tangan dan berlaga pipi.
4.
Mengamalkan kebersihan diri yang baik seperti kerap basuh tangan
terutamanya selepas batuk atau selesema menggunakan air dan sabun antara
15-20 saat. Tisu pakai buang berasaskan alkohol atau pembersih tangan
berasaskan gel juga boleh digunakan. Menggunakan penutup hidung dan
mulut (protective mask) yang sesuai. Perkara ini sangat penting kerana
pengamalan kebersihan mengurangkan risiko penyakit.
5. Amalkan
kebersihan diri yang sempurna sepanjang masa seperti menutup mulut
dengan tisu apabila batuk atau bersin dan basuh tangan dengan air dan
sabun terutama apabila menyentuh mata, mulut dan hidung. Buang tisu yang
telah digunakan ke dalam bakul sampah selepas menggunakannya.
6. Berehat di rumah jika mengalami selesema, batuk atau demam.
7.Elakkan
diri daripada mengunjungi tempat yang sesak dan berisiko tinggi seperti
di tempat awam serta majlis keramaian. Jika tiada pilihan, lindungi
diri anda dengan pemakaian penutup hidung dan mulut yang sesuai.
8. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini di televisyen, akhbar atau internet.
9. Mendapatkan rawatan segera di kemudahan kesihatan berhampiran sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.
Sumber :
*Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia
Sinar Harian , HarakahDaily* Rahsia Kerja DiRumah*