Sunday, July 10, 2016

Penyakit IB Punca Harga Ayam Naik


Wabak penyakit infectious bronchitis atau bronkitis berjangkit (IB) yang menyebabkan beribu-ribu ayam di ladang ternakan mati didakwa menjadi punca harga ayam di pasar-pasar di seluruh negara naik mendadak sejak Khamis lalu apabila dijual sehingga RM10 sekilogram.

Ia merupakan kenaikan sehingga RM2.10 sekilogram berbanding RM7.90 sekilogram yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di bawah Skim Kawalan Harga Runcit Barangan Terkawal Musim Perayaan 2016 yang berakhir pada hari raya pertama.

Pengerusi Penternak Ayam Selangor, Datuk Ishak Mat Arif berkata, penyakit IB menyebabkan kerongkong ayam menjadi berkahak dan mengakibatkan ternakan sukar bernafas seterusnya mati. 

Sumber : Kosmo

Allcoins.pw