Tuesday, June 19, 2012

Hamba Seks Kepada Bapa Saudara Sendiri


Awas jangan menjadi Hamba Seks.
CHEMOR: Seorang janda beranak empat bukan saja menjadi ‘hamba seks’ bapa saudara sendiri selama hampir dua tahun, malah puluhan ribu ringgit wang peninggalan arwah suaminya serta wang bantuan kebajikan empat anaknya turut dibolot lelaki terbabit yang dipercayai ‘menakluk’ wanita itu dengan ilmu santau.

Janda berusia 34 tahun dikenali sebagai Kamariah, mendakwa dia seperti lembu dicucuk hidung apabila mengikut segala arahan bapa saudaranya itu termasuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu serta menyerahkan wang simpanannya.

“Dia (bapa saudara) mengawal wang ditinggalkan bekas suami termasuk wang bantuan anak berjumlah RM400 sebulan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ketahui petua hindari santau .

“Hidup saya umpama mayat hidup selama hampir dua tahun dipercayai terkena ilmu santau (apakah itu santau ?) itu menyebabkan saya beberapa kali hampir membunuh diri selain mengabaikan makan minum empat anak berusia antara dua dan 12 tahun,” katanya yang kini menjalani rawatan bagi membuang kesan ilmu hitam berkenaan. 

Nasihat beliau kepada mereka yang telah terkena santau sila baca disini. 

Saturday, June 9, 2012

Kubur Lama Kena Gali

Penduduk Kampung Tanjung Pisau-Lalason dekat sini semalam gempar apabila mendapati tiga kubur lama di kampung tersebut berlubang akibat diceroboh dan digali oleh pihak tidak bertanggungjawab.
 
Kubur yang telah berusia lebih 50 tahun dan terletak berhampiran kawasan sungai itu ditemui dalam keadaan baru sahaja digali. Ia disedari oleh beberapa penduduk yang kebetulan menjalankan aktiviti memukat ikan di situ.

Difahamkan, ketiga-tiga kubur itu digali sedalam lebih satu meter dengan beberapa batu nisan dibiarkan berselerak. 

Bagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati tulang-tulang si mati tidak hilang.

Seorang penduduk, Abdul Kifli Ghani, 45, berkata, tiga kubur yang digali itu ialah pusara Allahyarham kakaknya dan dua anak saudaranya yang disemadikan sejak tahun 1963.

"Kuburan ini telah lama, namun kami sentiasa datang untuk membersihkannya. 

"Tidak sangka pula ada pihak lain sanggup menggali kubur ini," kata Abdul Kifli ketika ditemui di sini semalam. Sumber

Topik Berkaitan


Allcoins.pw