Tuesday, March 27, 2012

Gempak !!! Mawi Kena Rompak

Mawi menunjukkan tingkap yang dimasuki pencuri

Ini rumah Mawi di Bangi Selangor ..Besarnya... Ini Rompakan kali kedua, Ingin tahu kali pertama ?


Komen : Sabar sahaja Abang Mawi, tingkatkan tahap keselamatan, pasang grill, pasang cctv dan gaji seorang pengawal keselamatan

Bangi  : Juara Akademi Fantasia ke-3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi hanya memikirkan keselamatan bayinya, Cahaya Malaika yang berusia sebulan sebaik dikejutkan perompak yang mengacukan parang ke mukanya.

Dia yang baru melelapkan mata sebaik tiba di kediamannya di Bangi Golf Resort, di sini, pada jam 2 pagi semalam selepas menyertai Konsert Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 di Pasir Gudang, Johor, bimbang empat lelaki bersenjatakan parang itu mencederakan anak sulungnya itu.





Bagaimanapun, Mawi berkata, dia bersyukur apabila melihat perompak terbabit tidak mengapa-apakan anaknya yang tidur nyenyak. Ikuti kisah rompakan kali pertama Mawi.

Menceritakan detik cemas itu, Mawi, 31, berkata, empat lelaki warga asing terbabit dipercayai memecah masuk banglonya melalui tingkap tepi yang tidak mempunyai gril selain menggunakan tangga untuk memanjat pagar.

Menurutnya, dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, dia, isteri, Nor’Ashikin Rahmat, 32, atau Ekin serta ibu mentuanya, Fatimah Saad, 55, tidur sebilik manakala nenek mereka, Salmah Sahan, 77, berada di bilik sebelah manakala seorang pembantu rumah di tingkat bawah. Sumber :Metro Ikuti kisah Scha Al Yahya tidak dibenarkan peluk lelaki

Wednesday, March 21, 2012

Gadis Setinggan Jual Rambut


Ini pula kisah gadis miskin yang terpaksa menjual rambutnya kerana tidak mampu lagi membelanya.  Agaknya siapa yang akan membeli ?

BRASILIA: Seorang gadis yang hidup di kawasan setinggan di Rio de Janeiro sanggup membelanjakan RM2,000 setahun untuk membeli syampu bagi merawat rambutnya yang tidak pernah dipotong sejak lahir.


Natasha Moraes de Andrade juga menghabiskan masa satu setengah jam sehari untuk menyikat rambutnya.

Ia adalah antara pelbagai kerumitan dilalui Natasha, 12, yang menguruskan rambutnya sepanjang 157.6 sentimeter, atau 2.5 sentimeter lebih pendek berbanding ketinggian fizikalnya.

Media semalam melaporkan, Natasha perlu menjinjing rambutnya jika bergerak ke mana-mana, selain kipas angin di rumahnya tidak boleh dipasang bagi mengelakkan ia kusut.

Kini, Natasha berharap rambut itu membawa laba apabila dia bercadang untuk menjualnya pada harga kira-kira RM17,100.

Kata Natasha, dia sedih apabila rambut itu akhirnya dipotong walaupun dia mengaku berdepan pelbagai kesukaran menjaganya dan hidup terbatas. - Jual rambut untuk bayar hutang


Jika berjaya, wang jualan rambut itu akan digunakan Natasha untuk menghias bilik tidurnya.

Sementara itu, ibu Natasha, Catarina, 42, berkata kadang-kadang anaknya itu seperti hidup dalam penjara.


Katanya, Natasha selalu membandingkan dirinya dengan watak cerita rakyat zaman silam, Rapunzel.

Mengikut rekod dunia Guinness, wanita China, Xie Qiuping, menjadi pemilik rambut terpanjang dengan ukuran 5.6 meter. - TS


Lagi Kes Sejadah Corak Babi

Sekadar Gambar Hiasan
Macam-macam hal sekarang ini, teknik halus `golongan tertentu' . Diharapkan umat Islam diMalaysia dapat berhati-hati ketika membeli.Harap pihak berkuasa ambil perhatian dan dapat mengambil langkah tertentu.
 
SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Inilah sejadah yang dimaksudkan

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu. Ini pula sejadah corak salib, sejadah seks,


“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai

 Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.

 Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sejadah yang dimaksudkan

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang. Sumber

Monday, March 19, 2012

Gadis Bawah Umur Dirogol Dalam Kontena

Manusia Yang Lebih Darjatnya Dari Haiwan - Sekadar Gambar Hiasan

KUALA TERENGGANU - Angkara terlalu mengikut nafsu, seorang duda kepada tiga anak sanggup menjadikan gadis bawah umur yang baru dikenali tiga minggu sebagai pemuas nafsu dengan merogolnya di dalam sebuah kontena di belakang sebuah stesen minyak di Paka, Dungun, 4 Julai lalu.

Bagaimanapun, natijah perbuatan terkutuk Jefri Hisham Devandass, 31, dari Kampung Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu itu terbalas setelah dia dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hukuman dijatuhkan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas tertuduh yang bekerja sebagai buruh mengaku bersalah atas dakwaan di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 4 Julai lalu antara jam 8.45 malam sehingga jam 9 malam di dalam sebuah kontena di belakang sebuah stesen minyak di Paka, Dungun didakwa telah merogol seorang gadis bawah umur, 15 tahun 5 bulan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
 
Suspek yang Terlibat


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah menarik tangan mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan memaksa masuk ke dalam kontena tersebut lalu bertindak membuka pakaian mangsa.

Sejurus berbuat demikian, tertuduh telah merogol mangsa di atas katil di dalam kontena tersebut kira-kira lima minit.

Mangsa berjaya melarikan diri selepas tertuduh beredar dari lokasi kejadian sebaik sahaja merogolnya dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Dungun dengan ditemani ahli keluarganya.

Laporan perubatan turut mendapati ada kesan koyakan baru pada kemaluan mangsa. Rentetan laporan dibuat, tertuduh berjaya ditangkap pada 9 November lalu kira-kira jam 10.45 pagi oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di Kampung Kebor Air Manir, di sini.

Anwar Takut Kepada Raja Petra Kamarudin ??

Datuk Seri Anwar Ibrahim  Oh Tidak..PRK join sekali ker ?

Raja Petra Kamarudin - Dulu Kawan Kini LAWAN !

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penakut kerana meminta penganjur forum Wikileaks mengeluarkan nama Raja Petra Kamarudin (biodata Raja Petra Kamarudin dan isterinya Marina Lee binti Abdullah ) dari senarai peserta forum itu.
Muhyiddin berkata keengganan Datuk Seri Anwar Ibrahim (biodata beliau)untuk berdepan dengan pengendali portal MalaysiaToday itu menunjukkan bahawa Anwar bimbang Raja Petra akan membocorkan segala rahsianya.
 

Dia (Anwar) hanya sanggup berdepan dengan orang asing tetapi tak sanggup berdepan dengan Raja Petra. Raja Petra sudah mencabar dia berkali-kali, nampaknya mungkin kerana dia takut berhadapan dengan Raja Petra yang pernah menjadi penyokong kuat beliau (akan) membocorkan rahsia-rahsianya.

"Jadi kalau Anwar betul anak jantan, dia patut ke depan dan tak harus bimbang, jangan takut sangat apa yang disebut Raja Petra, malahan cabaran yang dibuat oleh Raja Petra tak disahut, mungkin (ada) sesuatu yang beliau (Anwar) nak selindung dari orang ramai," katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Umno Wilayah Persekutuan di Stadium Tertutup Titiwangsa, di sini hari ini.

Forum yang berlangsung semalam di Kent, England bagi membincangkan senario politik global itu turut mempertemukan pengasas laman web WikiLeaks Julian Assange dan Anwar menerusi komunikasi Skype.

Sementara itu, Muhyiddin berkata Parlimen yang akan memutuskan terma rujukan bagi Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi meneliti isu berkaitan kilang nadir bumi Lynas, bukannya kerajaan.

Beliau berkata penubuhan PSC itu adalah untuk meneliti isu berkaitan Lynas oleh Anggota Parlimen, wakil kerajaan dan bukan kerajaan yang akan dilantik kelak.

"Jadi soal tidak ada kuasa tak timbul, ianya bukan keputusan kerajaan sahaja tapi itu adalah keputusan Parlimen. PSC akan bersidang untuk berbincang soal Lynas dan yang itu adalah skop kuasa Parlimen bukan kerajaan," katanya.

Kabinet pada Jumaat dilaporkan memberi lampu hijau kepada penubuhan jawatankuasa itu di tengah-tengah kebimbangan berhubung sebarang kemungkinan risiko ke atas keselamatan dan kesihatan.

Mengulas isu Bersih 3.0 (Komen Pas mengenai Bersih 3.0), Muhyiddin berkata ia hanyalah gimik politik dari pihak pembangkang.


"Kita tak tahu apa sebab dia nak buat perhimpunan, semua pun gimik politik saja, pasal dia rasa momentum Pakatan (pembangkang) agak menurun, jadi nak bina balik ialah dengan mengadakan begini," katanya. Sumber

Monday, March 12, 2012

Nurul Nadirah Abdullah @ Dirang Mati Di Bakar

PASIR GUDANG – Ibu kanak-kanak hilang 1 Mac lepas, Roselyn Alan, 25, pengsan seketika sebaik dihubungi pihak polis yang mengesahkan rangka yang temui Khamis lalu adalah anaknya, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau dikenali sebagai Dirang.

Roselyn yang menangis tidak berhenti lebih sejam selepas menerima panggilan dari pihak polis kira-kira jam 6.40 petang tadi meraung sambil berkata, “kenapa kasi mati anak aku..!!!"

Usaha menemu bual Roselyn gagal apabila dia menangis tidak berhenti. Begitu juga dengan bapa tiri mangsa, Lima Medeng, 25, yang enggan ditemu bual ekoran masih terkejut.

Nenek mangsa, Milnah Jul, 56, berkata, dia dihubungi Roselyn yang ketika itu berada di bawah blok Flet Seri Delima Jalan Suria, Bandar Seri Alam, di sini selepas keluar mencari Dirang.

“Roselyn hubungi saya sambil menangis memberitahu polis mengesahkan rangka yang ditemui adalah Dirang.

“Saya terkejut dan tidak menyangka rangka itu adalah Dirang kerana sebelum ini kami sekeluarga lega selepas dimaklumkan polis bahawa rangka yang ditemui adalah rangka orang dewasa,” katanya.

Suasana sedih menyelubungi kediaman mangsa apabila ahli keluarga dan jiran tetangga yang hadir turut menangisi pemergian Dirang yang ditemui dalam keadaan menyedihkan.

Jirannya, Noridah Juliri, 44, berkata, kehilangan Dirang yang dianggap seperti anak sendiri turut meresahkannya sekeluarga kerana keluarga yang dikenali sejak lebih 10 tahun itu seperti keluarganya sendiri.

Menurutnya, Roselyn dilihat tidak senang duduk sehingga mengabaikan anak bongsunya, Ainul Suhada Abdullah, dua bulan, sejak kehilangan Dirang 1 Mac lepas.

“Saya terguris dan tidak lalu makan sehingga sama-sama masuk ke ladang kelapa sawit mencari Dirang, apatah lagi ibu yang mengandungkannya tentu risau.

“Berita ini benar-benar menyedihkan kami sekeluarga kerana Dirang sudah seperti anak saya sendiri,” katanya.

Seorang lagi jiran, Merlinda Budin, 22, berkata, sebelum rangka ditemui Khamis lepas, dia bermimpikan Dirang berjalan dalam api. Ikuti pengesahan pihak polis

“Saya bermimpi Dirang berjalan dalam api sambil berteriak ‘Mak cik.. tolong ambil saya...’

“Saya sangat sedih dan tidak menyangka mimpi itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya. Sumber Kosmo

Komen : Semoga semua orang mengambil iktibar diatas kejadian ini. Manusia lebih buas dari Harimau !!


Thursday, March 8, 2012

Ibu lumpuh dibuang di hotel budget

Apalah nasibku ..sampai hati kau nak !!!



KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.

Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.

Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya. Sumber Metro. Ikuti Makin ramai anak buang ibubapa, kerana wang, bapa dibuang, Maki ibu tepi jalan




Komen,
Kasihan si ibu, 4 hari dibiarkan dihotel budget, nasib ada staff hotel yang bermurah hati..sampai hati anak. Semoga anak lelakinya sempat minta ampun dan bertaubat

“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Tuesday, March 6, 2012

Rasul Melayu Menangis !




Salam anda ingat lagikah kepada lelaki diatas ? Beliau ialah Abdul Kahar Ahmad pesara Zoo  negara yang mengaku sebagai Nabi. Sah 100% sesat. `Ya Allah' dia nie hilang akal atau nak glamor ?? Ikuti kisah dibawah ini,
 
SHAH ALAM: Lelaki yang pernah menggemparkan negara kerana mendakwa dirinya ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad, kekal dipenjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan selepas Mahkamah Rayuan Syariah di sini, semalam menolak rayuan yang dikemukakan olehnya untuk mengenepikan hukuman itu. Hukum orang mengaku nabi selepas nabi muhammad S.A.W

Keputusan itu dibuat tiga panel hakim yang dipengerusikan Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Md Yusop Che Teh dan Datuk Aidi Moktar selepas mendapati tiada sebarang kekhilafan dalam penghakiman hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang membuat keputusan itu pada 21 September 2009.

“Setelah diteliti alasan rayuan, rekod-rekod rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan rayuan perayu ditolak,” katanya.

Sebaik hakim memutuskan demikian, anak-anak Abdul Kahar dilihat menangis sehingga ke luar mahkamah sambil berpelukan. 






Abdul Kahar, 62, yang mengaku bersalah terhadap lima tuduhan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995, turut diperintahkan menjalani pemulihan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam Baharu pada enam bulan terakhir pelaksanaan hukuman penjara itu.

Abdul Kahar dihukum penjara tiga tahun dan enam sebatan bagi tuduhan mengikut Seksyen 7, iaitu menjelaskan doktrin palsu dengan menyatakan bahawa sembahyang hanya cukup sekadar mencegah daripada membuat perkara keji dan mungkar saja dan ibadat haji adalah sia-sia dan merugikan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 8 (a) kerana mengisytiharkan diri Rasul Orang Melayu sedangkan pengisytiharan itu palsu serta bertentangan ajaran Islam, tertuduh dihukum penjara dua tahun dan denda RM4,500 atau setahun penjara.

Tertuduh juga dihukum penjara masing-masing dua tahun dan denda RM4,500 atau setahun penjara bagi kesalahan mengikut Seksyen 10 kerana mempersendakan Islam dengan perkataan amalan yang berhubung dengan agama Islam serta tuduhan mengikut Seksyen 13 kerana menyebarkan pendapat yang bertentangan dengan fatwa. Siapa penyanyi yang taksub dengan rasul melayu?.

Bagi tuduhan mengikut Seksyen 12 iaitu menghina pihak berkuasa agama dengan mengingkari dan melanggar arahan mufti, Abdul Kahar dihukum penjara setahun dan denda. Beliau yang sebelum ini pernah  beraya dipenjara.

Mahkamah memerintahkan hukuman bagi kelima-lima kesalahan itu dijalankan secara berasingan berkuat kuasa dari tarikh ditahan pada 16 September 2009. Sumber : Metro 

Kisah berkaitan,

Friday, March 2, 2012

Suami Kelar Isteri Sampai Mati


Hasrat seorang bapa untuk menimang cucu sulung musnah apabila anaknya yang hamil sebulan ditemui mati dengan kesan dikelar pada lehernya di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, petang kelmarin.

Lebih menyayat hati, pembunuhan kejam Rohana Hamzah, 26, yang didakwa keluarga mangsa sebagai angkara suaminya berlaku pada tahun kelima perkahwinan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga.
Bapa mangsa, Hamzah Mohamad, 51, berkata, dia rebah kerana hatinya hancur sejurus melihat jenazah Rohana tertiarap berlumuran darah di bilik tidur di rumah sewa pasangan berkenaan.

Menurutnya, dia bergegas ke rumah itu selepas menerima panggilan daripada bapa saudara menantunya yang memaklumkan timbul masalah membabitkan pasangan berkenaan, kira-kira jam 2.30 petang.

Bagaimanapun, katanya, dia mula cemas selepas melihat polis dan orang ramai mengerumuni rumah anak perempuannya itu sebelum rebah sejurus melihat jenazah anak ketiganya itu dengan tangan terkilas ke belakang.

“Saya mula rasa ada yang tak kena apabila melihat menantu berusia 24 tahun dalam keadaan bergari dan dibawa polis,” katanya yang ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam.

Hamzah berkata, kali terakhir dia berjumpa Rohana ketika anaknya itu pulang bercuti seminggu iaitu sebelum Aidiladha lalu di rumahnya di Taman Sri Pulai di Skudai pada 14 November lalu.

“Kali terakhir Rohana menghubungi adiknya pula kira-kira jam 11.15 pagi pada hari kejadian. Dia bertanyakan salinan MyKad miliknya yang tertinggal di rumah kami.

“Bagaimanapun, perbualan singkat itu terhenti dan pada masa sama, adiknya mendengar bunyi bising sebelum talian terputus,” katanya.

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka sekali lagi cuba menghubungi Rohana, tetapi panggilan tidak berjawab.

“Kami tahu sangat sikap cemburu dan panas baran suaminya kerana pernah melihat dia memukul Rohana di depan kami.

“Malah, kami juga berat melepaskan Rohana pulang pada malam sebelum kejadian memandangkan dia baru saja dicederakan suami sebelum pulang ke rumah kami,” katanya.

Hamzah berkata, kecederaan itu menyebabkan Rohana dirawat di wad selama tiga hari selain menerima lapan jahitan dan ketika ditanya, arwah anaknya itu mengatakan ia akibat terkena kaca.

Bagaimanapun, keluarga Rohana sangsi dan percaya ia akibat kelaran menggunakan pisau, malah doktor yang merawatnya juga meragui kecederaan itu berpunca daripada kaca.

“Tapi, semuanya sudah ditakdirkan dan sekelip mata bukan saja kehilangan anak tersayang, malah cucu dalam kandungan,” katanya.

Jenazah mangsa dihantar ke HSI untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga petang semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Skudai.
Sumber:  Metro

Artikel yang berkaitan
Tips menyelesaikan masalah rumah tangga 




Allcoins.pw